Pada pagi Hari Raya Pertama, YB KJ, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rembau dan barisan Jawatankuasanya telah bersama-sama menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid An-Nur, Pekan Rembau. Inilah masanya kepimpinan Pemuda merapatkan diri dengan masyarakat setempat dan mereka-mereka yang merantau tinggal dan bekerja di bandar-bandar besar. Apabila tiba Hari Raya, maka mereka ini semua akan pulang ke kampung-kampung halaman bersama sanak saudara untuk menyambut ketibaan Syawal.

Bersalaman dengan penduduk Rembau yang tiba di Masjid

Mesra Rakyat

Beberapa AJK Pemuda UMNO Bahagian Rembau

Menyambut ketibaan YTM Undang Luak Rembau

Bersama-sama YTM Undang Luak Rembau masuk ke Masjid
Pada hari itu juga, YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip Bin Haji Othman, Undang Luak Rembau bersama Toh Puan Siti Ramalah Yunus juga menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid An-Nur, Pekan Rembau. Selepas menunaikan Solat Sunat Aidilfitri, YB KJ telah menyumbangkan duit raya kepada kanak-kanak yang bersama-sama berada di Masjid An-Nur. Kemeriahan Syawal mula dirasai oleh kanak-kanak apabila mendapat duit raya tanpa disangka-sangka pagi itu.

Sedang memberi duit raya kepada anak-anak

Anak-anak beratur untuk bersalaman dan duit raya oleh YB KJ

Memberi duit raya dengan perasaan yang gembira
Setelah selesai semua aktiviti, YB KJ dan AJK Pemuda Rembau yang sama-sama hadir mula menuju ke tempat masing-masing untuk beraya bersama sanak-saudara yang telah mula pulang sebelum raya menjelang...
"Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin" dari kami....
No comments:
Post a Comment